Saturday 31 December 2011

2012

        Alhamdulillah..harini 1 Januari 2012..masih dikurniakan umur untuk dinikmati..selamat tahun baru 2012 Masihi..bersamaan 8 Safar 1433 Hijriah..
        Pantasnya masa berlalu...semalam ketika ini kelas ku belajar blog bersurai..sekadar pandai buat new post..masuk gambar profile,kiranya satu kejayaan bagi diriku..
       Apapun yang kita lakukan ..walau ia sesuatu yang remeh dipandang orang..tetapi belum tentu mereka itu pandai atau mahir..dan kita raikan kejayaan kecil kita dengan "ALHAMDULILLAH"...dan begitu jua saya mensyukuri nikmat Allah Taala di atas kurniaan akal yang masih waras dan daya mencari ilmu walaupun dirasakan sudah terlewat...dan tiga hari sebelum 2012..ku berazam untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik..bukan sahaja diriku tetapi ayah dan kakak serta abangku..agar kami semua sihat..dan bersedia untuk menjejak kaki ke Tanah suci...apabila sudah sampai waktunya..saban hari doa kutitipkan padaMU ya Allah...kurniakan kami umur yang panjang, rezeki yang luas..penuh keberkatan..agar istiqamah dalam menjadi hambaMU ...aminn.   :-)

pening jugak...

Bukan buta IT..tapi tak mahir dengan istilah blog...gadget..dah tiga jam...macam mana ni..click situ..click sini..create email baru la...nak design..template...macam-macam..kena try and error lagi ni...

Buat BLOG ...

First time...belajar buat blog..semua ini kerana keinginan untuk menambah ilmu semasa..